Saturday 18 February 2017

PEWARISAN FELDA


VIRALKAN !!!! PENEROKA & WARIS PENEROKA FELDA PERLU TAHU...
.
.
PERSOALAN ADAKAH BENAR TANAH2 FELDA MILIK SEMPURNA PENEROKA ? 
.
Forum yang diadakan di Unisza pada 9hb Februari lepas membahaskan isu ini dengan panjang lebar. 
.
Di pihak Felda menegaskan tanah ini terikat dengan Akta GSA 1960 yg membawa makna apapun ( jual / hibah / wasiat dll ) tidak boleh dibuat melainkan dengan "consent" Felda. Pembentang menyatakan tanah ini sebenarnya hanya "Pemilikan Manfaat" & bukan pemilikan hakikat ! Dalam erti kata lain Felda berkuasa sepenuhnya ke atas tanah Felda.
.
Pandangan kedua membahaskan pula bahawa tanah Felda ini milik sempurna kerana ia boleh dipusakai malah boleh dihibah , diwasiat & boleh dijual dengan kebenaran Kerajaan Negeri & bukan "consent" Felda. Ada kes tanah Felda dicagar ke bank & bila tidak dibayar pinjamannya tanah ini dilelong oleh bank kepada pihak ketiga. 
.
.
Pandangan saya ? 
.
.
Tanah Felda ialah MILIK SEMPURNA & peneroka ada hak penuh utk membuat apa sahaja kepadanya kerana geran sudah dikeluarkan ke atas nama mereka. Itulah yang menyebabkan bank boleh menerima cagaran tanah Felda & boleh dilelong jika pinjaman tidak dibayar. 
.
Jike peneroka hanya pemilik manfaat & bukan hakikat mana mungkin bank akan terima sebagai cagaran & kemudiannya lelongan dibuat kepada pihak ketiga. Pihak Kerajaan Negeri pula kemudiannya meluluskan pindahmilik nama dalam geran dari nama peneroka kepada nama pembeli lelongan.
.
Wasiyyah Shoppe Bhd juga telah berjaya menyelesaikan puluhan kes pusaka peneroka Felda yang melibatkan HIBAH. 
.
Perintah HIBAH dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah selepas mendapati semua rukun & syarat ditepati. Atas asbab perintah ini tanah diturunmilik kepada nama di dalam perintah.
.
Pun begitu Wasiyyah Shoppe Bhd sentiasa memastikan HIBAH TANAH GSA ini dibuat mengikut syarat Akta itu sendiri pemilikan tidak boleh melebihi 2 nama. 
.
Namun bagi mencapai hasrat Akta GSA 1960 & pengurusan lebih baik , maka peneroka "HARUS " ( bukan Wajib ) berbincang dengan Felda atas apa sahaja transaksi yang ingin dibuat ke atas tanah felda. Ini bagi memastikan hubungan peneroka & Felda terus harmoni.
.
Peneroka perlu menghormati Felda & Akta GSA itu sendiri manakala Felda juga perlu menghormati hak peneroka & menerima hakikat bahawa dalam dunia hari ini peneroka sudah terdedah dengan pelbagai sumber maklumat. Mereka bukan lagi golongan kampung yang duduk bawah tempurung & hanya menerima bulat2 segala arahan Felda. Zaman "rollcall" sudah lama berakhir ! 
.
Terma yang lebih tepat untuk tanah felda ialah PEMILIKAN BERSYARAT bukan TIDAK MILIK SEMPURNA. 
.
Peneroka ialah pemilik tanah Felda baik dari segi Hukum Syarak & Undang2 Sivil tetapi pemilikan mereka terikat dengan syarat2 Akta GSA 1960. 
.
Kedua2 pihak peneroka & Felda ada asas hujah masing2 namun kita jangan lupa kepada objektif asas Felda iaitu untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat .
.
Jika 50 tahun umur Felda & peneroka masih bergelut dengan isu survival hidup maka pada saya Felda secara serius perlu muhasabah diri di manakah kelemahan yang perlu dibaiki.
.
.
Ariffin sabirin
Pengasas Wasiyyah Shoppe Bhd

No comments:

Post a Comment