Assalamualaikum wrbt buat ibu-ibu, bapa-bapa pembaca budiman
semua.
Izinkan untuk saya berkongsi dgn pembaca kisah yang berlaku
kepada anak angkat kawan baik saya. Moga sama-sama kita ambil iktibar ya.
10 tahun lalu kawan baik saya atau saya kenali dengan nama
Rifki (bkn nama sebenar) memulakan bisnes Pak Andam. Dah lama arwah minat
dengan wedding planner jadi waktu tu arwah mula buat bisnes tu secara
kecil-kecilan. Lama-lama bisnes arwah semakin meletop-letop. Banyak tempahan
yang arwah dapat tak kira daripada golongan biasa atau VIP.
Kehidupannya yang mewah tidak sedikit pun menyebabkan arwah
lupakan keluarga walaupun keluarganya telah membuangnya hanya disebabkan arwah nak
jadi Pak Andam. Setiap bulan tak pernah missed, arwah mesti akan berikan duit
perbelanjaan dekat ibu bapanya. Yelaa, adik beradik arwah pun tak bekerja.
Macam mana nak tanggung ibu bapa di kampung.
Sampailah suatu hari, arwah membawa seorang budak berusia
dalam 2 tahun berjumpa saya. Katanya itu anak angkatnya. Arwah sangat sayangkan
anak angkatnya. Arwah belikan macam-macam supaya anak angkatnya merasa selesa
tinggal bersama. Arwah pun tak kahwin masa tu, jadi sepenuh perhatian memang
diberikan kepada anak angkatnya.
Sampailah suatu hari arwah pesan kepada saya melalui
whatsApp,
“Beb, kalau suatu hari nanti aku dah takda, kau tolong make
sure semua harta aku ni dapat dekat anak angkat aku. Aku nak masa depan dia
terjamin walaupun aku dah takda. Jangan hantar dia ke rumah anak yatim. Kau
tolong aku jaga dan besarkan dia. Tolong aku beb..”
Waktu awal tu saya memang rasa pelik bila arwah cakap macam
tu tapi saya biarkan je sampailah arwah beritahu untuk kali yang kedua dengan
menggunakan voice mail whatsApp dan minta untuk saya simpankannya sebagai bukti
di mahkamah nanti (jika diperlukan).
Tiga bulan selepas arwah hantar mesej tu, arwah terlibat
dalam satu kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Jadi bermula hari itu
saya mula menjaga anak angkatnya sampailah suatu hari saya ada bisnes trip ke
Hong Kong. Jadi saya mengambil keputusan untuk menghantar anak angkat tadi
untuk dijaga sementara oleh kakak arwah.
Alangkah terkejutnya saya, sebaik saya pulang semula ke
Malaysia dan ingin mengambil anak tadi, kakak arwah memberitahu bahawa anak
tersebut telah dihantar ke rumah anak yatim.
Saya tidak berpuas hati dengan tindakan kakak arwah. Bukan
sahaja anak tadi dihantar ke rumah anak yatim tetapi harta arwah turut
dibolotnya. Saya tidak berfikir panjang, saya terus membuat tuntutan harta
pusaka arwah.
Prosesnya memang agak rumit disebabkan wasiat yang dibuat
takda hitam putih tapi dengan sedikit bukti yang ada saya usahakan juga demi
amanat yang telah diberikan arwah kepada saya. Saya tahu anak angkat tadi tak
selesa berada di rumah anak yatim. Pasti asing bagi seorang kanak-kanak yang
sebelum ini dibelai dan dimanja tiba-tiba terpaksa hidup di rumah anak yatim
yang suasananya memang 360 darjah berbeza daripada sebelumnya.
Saya cuba usaha dan pertahankan hak anak tadi supaya kesemua
harta diwarisi oleh anak angkat arwah. Menurut saya, arwah mungkin tidak mahu
hartanya diwarisi oleh adik beradiknya kerana mereka pernah mencaci dan
menghina arwah. Betapa bencinya adik beradik terhadap arwah. Pada waktu tu ibu
bapa arwah pun dah meninggal. Waris arwah yang tinggal hanya adik beradiknya
sahaja.
Namun, selepas keputusan mahkamah dikeluarkan saya seperti
tidak percaya walau macam mana buruk sekalipun layanan adik beradik terhadap
arwah mereka tetap mewarisi harta tersebut. Hasrat arwah untuk memberikan
kesemua harta kepada anak angkatnya tidak tercapai. Saya terpaksa akur dengan
keputusan mahkamah, wasiat yang dibuat tak membenarkan anak angkat mewarisi
kesemua harta arwah.
Selepas peristiwa di mahkamah tu barulah saya tahu bahawa
wasiat yang dibuat kepada anak angkat tadi hanya sah sebanyak 1/3 daripada
keseluruhan harta si mati. Selebihnya menjadi hak waris-waris faraid si mati
tak kira walau bagaimana buruk sekalipun layanan mereka terhadap arwah.
Dan pada hari ini, apabila saya menjaga anak syurga tadi saya telah membuat hibah siap-siap semasa hidup buat anak tadi. Saya tidak mahu andai suatu hari nanti saya tiba-tiba meninggal, anak angkat yang saya bela terpaksa hidup merempat.
Saya kongsikan cerita ini sebab saya tahu ramai diluar sana
yang tak tahu perkara ini. Diharapkan apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak
dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak angkat untuk membuat perancangan
harta pusaka semasa masih hidup lagi sebab anak angkat tak dapat mewarisi
harta pusaka kita melainkan dengan kaedah hibah atau wasiat 1/3 sahaja.
No comments:
Post a Comment