Wednesday 22 February 2017

(Mengamuk) "Aku dah beli tanah pusaka ni. Aku beli dengan Abg Aji kau!!!"


Isu bergaduh pasal tanah pusaka ni dah banyak kali berlaku dalam masyarakat kita. Hanya sebab harta hubungan kekeluargaan boleh terputus macam tu je. Sebab harta manusia boleh berubah. Tak kira lah kalau dah ada title haji or hajah ni. tetap tak nak kalah bab-bab bolot harta pusaka ni.

Kisah ni admin jumpa waktu jalan-jalan dekat blog amazingnara.com. Semoga boleh jadi ikhtibar buat kita semua yang masih hidup. Kisah ini sedih ni dilalui oleh seorang cleaner yang dipanggil Kak Cik. Jom baca.


Selepas 2 tahun tak balik kampung,

Abang jual tanah pusaka sebab nak pakai duit?


Pak Imam suruh redha je.

Manusia boleh berubah sekelip mata hanya kerana harta.

Ini pula komen admin,

1) Abang sebenarnya takda hak untuk jual tanah pusaka tanpa mendapat persetujuan daripada waris-waris. Kalau pun dah terjual, wang hasil jualan perlu difaraidkan dan bukannya dibolot sendiri. Senang cerita makan harta haram.

2) Nak beli rumah walaupun kita takda hak nak tanya, tapi rasanya tak salah tanya kalau-kalau tanah tu tanah pusaka ke? Tanya dah selesaikan pembahagian. Ingatkan kalau dijual hasilnya nanti perlu dibahagi mengikut faraid.

3) Pak Imam pun, bukan isu redha. Setidaknya nasihatkanlah sedikit buat mereka yang makan harta secara batil tu. Bukannya hanya suruh redha. Hak orang tetap hak orang. Redha tu boleh, tapi tengok juga keadaan.. Ni macam mengalakkan orang ambil hak orang lain plak.

4) Sebab tu perlu rancang harta pusaka selagi kita masih hidup ni. Bila meninggal kita takkan dapat menduga macam mana reaksi anak-anak kita. Sebab harta sanggup menzalimi keluarga sendiri. Fikirkanlah. Rancang harta ni bukan wajib buat HIBAH, WASIAT je, rancang juga bagaimana pengurusan harta boleh segera dibuat. Lambat buat jdi macam ni lah. Waris bergaduh. Bayangkan kalau diselesaikan segera, waris-waris mudah muafakat. Lantik pihak ke-3 yang takda kepentingan untuk urus harta pusaka buat waris.


Kakak bolot tanah pusaka lebih 20 tahun

KISAH tiga minggu lalu tentang ketidakadilan seorang ibu dalam memberi bahagian harta pusaka milik arwah suaminya kepada anak-anak menyentuh hati saya untuk turut menceritakan masalah dihadapi oleh suami.
''Namun orang yang tidak berlaku adil itu bukanlah ibunya, tetapi kakaknya yang memegang amanah untuk adik-adik setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Sehingga kini lebih 20 tahun arwah meninggal dunia, pusaka itu masih tidak diagihkan mengikut faraid kepada anak-anak yang berhak.
''Sebaliknya kakak ipar saya itu, Kak Kay masih menguasai harta pusaka. Cuma sebahagian kecil diberikan kepada adik-adik perempuan manakala yang lelaki seramai tiga orang masih tidak mendapat hak mereka,'' ujar Noraien panjang lebar ketika saya hubungi setelah membaca e-melnya.
''Suami saya Miz memang tak suka bercakap pasal harta kerana tidak mahu hatinya sakit. Pernah dia bertanya pada Kak Kay tentang bahagiannya tetapi jawapan yang diterima amat memedihkan telinga. Kak Kay suka ungkit cerita lama kerana membesarkannya yang ketika itu bersekolah menengah.
''Masalahnya, bukan duit ringgit Kak Kay yang digunakan untuk beri makan minum mahupun belajar, semuanya harta peninggalan arwah, jadi janganlah ungkit cerita lama. Cerita itupun telah berlaku lebih 20 tahun, tentu banyak yang telah Kak Kay terima daripada imbuhan dan pulangan harta peninggalan arwah yang semuanya dalam genggaman Kak Kay.
''Saya berkahwin dengan Miz lebih enam tahun, kini dah ada dua anak, umur pun dah lebih 30 tahun. Saya reda hidup serba sederhana walaupun agak terhimpit setelah berhenti kerja untuk menjaga anak.
''Saya sedar saya tidak sepatutnya ikut campur dalam pembahagian pusaka tetapi sebagai isteri, saya kesian dengan Miz yang sering merasa terpinggir akibat sikap kakaknya.
''Mulanya saya tak tau perkara ini sehinggalah satu hari Miz meluahkan isi hatinya. Soalnya mengapa setelah lebih 20 tahun ibu dan ayah meninggal, Kak Kay masih tak mahu membahagikan pusaka kepada mereka adik beradik.
''Miz sendiri tidak tahu secara jelas harta milik arwah, kecuali ada sekali dua Kak Kay terlepas cakap dan daripada mulut saudara-mara. Kata Kak Kay, tapak tanah untuk rumah ada tiga lot khas untuk tiga adik beradik perempuan, tapi apa hal dengan tiga anak lelaki, kak Kay tak sebut pun?
''Setiap tahun Kak Kay akan buat kenduri arwah dan korban lembu, itu semua katanya duit hasil pusaka tanah getah dan kelapa sawit milik arwah. Bila ditanya berapa ekar semuanya, Kak Kay tak mahu beritahu secara jelas, alasannya tanah itu kongsi dengan emak saudara yang lain.
''Ditanya apakah tanah tersebut sudah dibahagi secara jelas, sebab tak mahu ada perbalahan kelak dengan emak-emak saudara lain, kata Kak Kay semua dia sudah bereskan. Malangnya kami sendiri tak tahu adakah tanah itu milik arwah ibu atau ayah mertua saya, di mana, di tanam kelapa sawit atau getah? Semuanya samar-samar.
''Sepatutnya, sebagai pemegang amanah dia harus memberitahu apa juga harta peninggalan arwah, di mana dan berapa jumlahnya, kemudian membahagikan semua pusaka itu mengikut faraid kerana adik-anaknya sudah berkeluarga dan Kak Kay sendiri hampir berusia 50 tahun. Nak tunggu berapa lama lagi.
''Saya tidak tahu kenapa Kak Kay enggan berbuat demikian. Mungkin takut bahagian yang diterimanya sedikit. Selagi dia tidak melaksanakan amanah yang dipikulnya, selagi itulah dia berdosa dan setahu saya, selagi itulah roh kedua-dua arwah terseksa kerana urusan dunia yang arwah tinggalkan masih belum selesai.
''Namun apa yang jelas kami lihat makan minum dan cara hidup keluarga Kak Kay anak beranak amat mewah. Bayangkan anaknya yang bersekolah rendah tak ke sekolah kalau belanja kurang RM10 sehari. Saya fahamlah kalau di KL atau kota besar tetapi kami bukan duduk di sana.
''Itu belum masuk jenama pakaian mereka, ansuran dua buah kereta besar, motosikal, gaji pembantu rumah dan belanja rumah besar mereka. Dianggarkan perbelanjaannya mencecah RM4,000 sebulan. Sedangkan Kak Kay hanya kerani sementara suaminya peniaga kecil. Jangan marah kalau kami tuduh atau mengumpat Kak Kay sebab perbuatannya yang membuatkan kami berfikiran begitu.
''Awal tahun seperti sekarang memang kami perlukan banyak wang untuk perbelanjaan keluarga terutama anak yang baru masuk sekolah. Pendapatan Miz pun kecil, sebab itu kami perlukan sedikit sebanyak pusaka arwah. Kami tak minta kalau tak ada. Ini arwah ada tinggalkan harta jadi salahkah kalau kami bertanyakan hak kami? Tapi macam biasalah Kak Kay buat bodoh.
''Saya pernah nasihatkan Miz, janganlah harapkan harta pusaka itu. Jadi kita kenalah cari sendiri. Adik beradik Miz yang lain tak berani bersuara, apa lagi nak bertanya, sebab takut Kak Kay tak beri langsung harta tersebut, jadi kena diam walaupun dalam hati semuanya tak puas hati, sering mengutuk dan mengumpat Kak Kay.
''Setahu saya, arwah mertua memiliki banyak barang kemas tapi semuanya Kak Kay simpan. Hingga kini tidak ada seorang pun anak-anak arwah dapat barang kemas tersebut walaupun sebentuk cincin. Apa yang jelas, badan Kak Kay dan anak-anak perempuannya yang masih kecil sarat dengan barang kemas!
''Tujuan saya bercerita bukan nak mengumpat tapi ingin menyedarkan Kak Kay supaya insaflah dan jalankan amanah seperti sepatutnya sebab anda akan dituntut kemudian hari,'' pesan Noraien menutup cerita tentang kakak iparnya.


Sumber: utusan online

Monday 20 February 2017

“Keputusan mahkamah, saya terpaksa akur bahawa anak angkat tak boleh warisi kesemua harta arwah.”



Assalamualaikum wrbt buat ibu-ibu, bapa-bapa pembaca budiman semua.

Izinkan untuk saya berkongsi dgn pembaca kisah yang berlaku kepada anak angkat kawan baik saya. Moga sama-sama kita ambil iktibar ya.

10 tahun lalu kawan baik saya atau saya kenali dengan nama Rifki (bkn nama sebenar) memulakan bisnes Pak Andam. Dah lama arwah minat dengan wedding planner jadi waktu tu arwah mula buat bisnes tu secara kecil-kecilan. Lama-lama bisnes arwah semakin meletop-letop. Banyak tempahan yang arwah dapat tak kira daripada golongan biasa atau VIP.

Kehidupannya yang mewah tidak sedikit pun menyebabkan arwah lupakan keluarga walaupun keluarganya telah membuangnya hanya disebabkan arwah nak jadi Pak Andam. Setiap bulan tak pernah missed, arwah mesti akan berikan duit perbelanjaan dekat ibu bapanya. Yelaa, adik beradik arwah pun tak bekerja. Macam mana nak tanggung ibu bapa di kampung.

Sampailah suatu hari, arwah membawa seorang budak berusia dalam 2 tahun berjumpa saya. Katanya itu anak angkatnya. Arwah sangat sayangkan anak angkatnya. Arwah belikan macam-macam supaya anak angkatnya merasa selesa tinggal bersama. Arwah pun tak kahwin masa tu, jadi sepenuh perhatian memang diberikan kepada anak angkatnya.

Sampailah suatu hari arwah pesan kepada saya melalui whatsApp,

“Beb, kalau suatu hari nanti aku dah takda, kau tolong make sure semua harta aku ni dapat dekat anak angkat aku. Aku nak masa depan dia terjamin walaupun aku dah takda. Jangan hantar dia ke rumah anak yatim. Kau tolong aku jaga dan besarkan dia. Tolong aku beb..”

Waktu awal tu saya memang rasa pelik bila arwah cakap macam tu tapi saya biarkan je sampailah arwah beritahu untuk kali yang kedua dengan menggunakan voice mail whatsApp dan minta untuk saya simpankannya sebagai bukti di mahkamah nanti (jika diperlukan).

Tiga bulan selepas arwah hantar mesej tu, arwah terlibat dalam satu kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Jadi bermula hari itu saya mula menjaga anak angkatnya sampailah suatu hari saya ada bisnes trip ke Hong Kong. Jadi saya mengambil keputusan untuk menghantar anak angkat tadi untuk dijaga sementara oleh kakak arwah.

Alangkah terkejutnya saya, sebaik saya pulang semula ke Malaysia dan ingin mengambil anak tadi, kakak arwah memberitahu bahawa anak tersebut telah dihantar ke rumah anak yatim.

Saya tidak berpuas hati dengan tindakan kakak arwah. Bukan sahaja anak tadi dihantar ke rumah anak yatim tetapi harta arwah turut dibolotnya. Saya tidak berfikir panjang, saya terus membuat tuntutan harta pusaka arwah.

Prosesnya memang agak rumit disebabkan wasiat yang dibuat takda hitam putih tapi dengan sedikit bukti yang ada saya usahakan juga demi amanat yang telah diberikan arwah kepada saya. Saya tahu anak angkat tadi tak selesa berada di rumah anak yatim. Pasti asing bagi seorang kanak-kanak yang sebelum ini dibelai dan dimanja tiba-tiba terpaksa hidup di rumah anak yatim yang suasananya memang 360 darjah berbeza daripada sebelumnya.

Saya cuba usaha dan pertahankan hak anak tadi supaya kesemua harta diwarisi oleh anak angkat arwah. Menurut saya, arwah mungkin tidak mahu hartanya diwarisi oleh adik beradiknya kerana mereka pernah mencaci dan menghina arwah. Betapa bencinya adik beradik terhadap arwah. Pada waktu tu ibu bapa arwah pun dah meninggal. Waris arwah yang tinggal hanya adik beradiknya sahaja.

Namun, selepas keputusan mahkamah dikeluarkan saya seperti tidak percaya walau macam mana buruk sekalipun layanan adik beradik terhadap arwah mereka tetap mewarisi harta tersebut. Hasrat arwah untuk memberikan kesemua harta kepada anak angkatnya tidak tercapai. Saya terpaksa akur dengan keputusan mahkamah, wasiat yang dibuat tak membenarkan anak angkat mewarisi kesemua harta arwah.

Selepas peristiwa di mahkamah tu barulah saya tahu bahawa wasiat yang dibuat kepada anak angkat tadi hanya sah sebanyak 1/3 daripada keseluruhan harta si mati. Selebihnya menjadi hak waris-waris faraid si mati tak kira walau bagaimana buruk sekalipun layanan mereka terhadap arwah.

Dan pada hari ini, apabila saya menjaga anak syurga tadi saya telah membuat hibah siap-siap semasa hidup buat anak tadi. Saya tidak mahu andai suatu hari nanti saya tiba-tiba meninggal, anak angkat yang saya bela terpaksa hidup merempat.

Saya kongsikan cerita ini sebab saya tahu ramai diluar sana yang tak tahu perkara ini. Diharapkan apa yang saya kongsikan sedikit sebanyak dapat membantu ibu bapa yang mempunyai anak angkat untuk membuat perancangan harta pusaka semasa masih hidup lagi sebab anak angkat tak dapat mewarisi harta pusaka kita melainkan dengan kaedah hibah atau wasiat 1/3 sahaja.

Sunday 19 February 2017

BIJAK PUSAKA KES 2



Asalamualaikum,
Si ayah (A) telah meninggal dunia dan telah meletakkan penama harta-hartanya kepada nama isteri.

Malangnya beberapa tahun kemudian si isteri pula meninggal dunia tanpa sempat membuat apa-apa pembahagian harta penama tersebut.

Soalan : Siapakah yang berhak keatas harta penama tersebut? Anak-anak perkongsian si A dan isteri shj? Atau adik beradik si isteri pun mempunyai hak?


JAWAPAN

1) Soal penama.
A = ayah, meninggal dan meletakkan isteri sebagai penama kepada harta-hartanya.

Memahami maksud "penama".

Penama bukanlah pemilik mutlak harta-harta tersebut. Penama hanyalah wasi atau pemegang amanah kepada harta-harta tersebut. Maka, menjadi tanggungjawab penama untuk menyelesaikan pembahagian pewarisan harta pusaka mengikut muafakat @ faraid.

Isteri meninggal tanpa membuat apa-apa pembahagian. Maka status harta pusaka masih belum diurus tadbir.

2) Waris yang berhak ke atas harta si A.

Situasi 1.
Waris yang berhak adalah ibu, ayah, Isteri si A dan anak-anak sahaja jika mempunyai anak lelaki.
(Jika ibu dan ayah si A masih hidup semasa kematian si A)

Situasi 2.
Waris yang berhak adalah ibu, ayah, isteri, anak-anak (perempuan) serta adik beradik lelaki dan perempuan si A.
(Bergantung pada struktur faraid semasa kematian si A)

3) Apabila isteri meninggal sebelum sempat diurus pusaka si A

Situasi 1
Bahagian isteri 1/8 akan dibahagi pula mengikut struktur faraid isteri. Perlu dilihat pula siapa waris-waris isteri seperti ibu, ayah, anak-anak sahaja jika mempunyai anak lelaki. (Jika ibu dan ayah si isteri masih hidup semasa kematian si isteri)

Situasi 2
Waris yang berhak adalah ibu, ayah, anak-anak (perempuan) serta adik beradik lelaki dan perempuan si isteri. (Bergantung pada struktur faraid semasa kematian si isteri).

Keadaan ini dipanggil kematian berlapis. Waris menjadi semakin ramai apabila urusan pusaka tidak segera diurus.

Wallahu'alam

Sebelum pembahagian harta pusaka dibuat, waris perlu tahu beberapa ‘pemotong’ yang perlu dilalui oleh harta pusaka

Lumrah kehidupan setiap yang hidup pasti akan mati. Segigih mana harta yang kita cari semasa hidup tetap tidak boleh dibawa mati kecuali 3 perkara iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah dan doa anak yang soleh.
Apabila ajal menjemput seseorang maka sesaat selepas itu harta yang selama ini menjadi miliknya telah bertukar tangan menjadi milik waris-waris yang berhak. Anda meninggal jam 3.30pm, maka pada jam 3.31pm harta anda telah menjadi harta waris dan ia perlu difaraidkan. Lambat diurus maka akan timbullah isu-isu lain yang akan menyebabkan proses pembahagian harta menjadi semakin rumit. Waris-waris mula bertelagah, hubungan makin renggang, doa kepada si mati kian dilupakan yang sentiasa disebut hanyalah kemarahan atau rungutan kerana sukarnya mengurus pusaka si mati.
Namun, buat mereka yang masih mempunyai jiwa suci yang ingin segera menyelesaikan urusan amanah harta si mati didunia maka ada beberapa perkara perlu diketahui sebelum pembahagian harta pusaka dibuat kerana adanya beberapa 'pemotong' yang perlu dilalui oleh harta pusaka.
  • Pembayaran Mengenai Urusan Pengebumian. Ini hanya terhad kepada upah berkaitan urusan pengebumian. Kenduri-kendara atau pemberian hadiah kepada tetamu yang hadir perlu dari poket waris sendiri – tidak dibenarkan menggunakan harta pusaka untuk perbelanjaan ini.
  • Urusan Hutang-piutang sama ada kereta, rumah, hutang kepada bank seperti pinjaman peribadi dan pinjaman daripada rakan-rakan.
  • Urusan Percukaian yang tertunggak atau zakat yang masih belum diselesaikan.
  • Hibah. Waris juga perlu tahu, samada ketika hidup arwah ada meng-hibahkan harta tertentu kepada insan tertentu. Sudah pasti, harta dihibahkan tidak boleh difaraidkan. Juga, pastikan perjanjian hibah itu mempunyai dokumen hitam dan putih.
  • Harta Sepencarian. Adakah harta sepencarian dimiliki bersama isterinya; misalnya rumah, hartanah tertentu, kenderaan dan simpanan tertentu? Mempunyai dokumen deklarasi harta sepencarian adalah lebih memudahkan urusan tuntutan harta sepencarian.
  • Wasiat 1/3. Bagaimana dengan wasiat, adakah arwah telah mewasiatkan 1/3 dari harta untuk tujuan amal jariah. Adakah arwah ada menyediakan wasiat melantik pentadbir harta pusakanya.
Setelah kesemua ini diketahui dan diselesaikan, barulah harta pusaka itu di Faraidkan. Segalanya dapat dipermudahkan sekiranya sewaktu hidup, pemilik harta telah merancang harta pusakanya. Waris-waris tidak perlu bertelagah atau bermasam muka. Hubungan kekeluargaan terus kekal bahagia.
Mereka yang mempunyai harta walaupun sebuah rumah atau sebuah kereta atau wang simpanan perlu membuat perancangan harta pusaka walaupun dengan hanya membuat sesuatu yang boleh membantu percepatkan urusan tuntutan harta pusaka.

Saturday 18 February 2017

PERUBAHAN POLISI PENAMAAN KWSP BERKUATKUASA MULAI 1 JANUARI 2017


[NEW UPDATE] PEMBATALAN PENAMA BAWAH 18 TAHUN & SEKIRANYA TAK BUAT TUNTUTAN DLM TEMPOH 1 TAHUN SELEPAS KEMATIAN.
.
.
.
Hati-hati bagi pencarum yang meletakkan penama dibawah 18 tahun sebab pihak KWSP telah buat perubahan pada polisi berkuatkuasa mulai 1 Januari 2017.
.
Dan berlaku juga sedikit perubahan bagi penama yang tak segera membuat tuntutan apabila pencarum meninggal dunia.
.
Pihak KWSP telah menetapkan bahawa penama yang BELUM mencapai umur 18 TAHUN ketika Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat oleh penama/waris akan TERBATAL secara automatik. Isteri boleh datang tuntut di KWSP dengan mengemukakan bukti hubungan.
.
Beza dengan sebelum tau, penama bawah 18 tahun boleh membuat tuntutan selepas mereka mencapai umur 18 tahun. Pihak KWSP akan pegang dulu bahagian anak sehingga mereka capai umur 18 tahun. Itu sebelum nie tau, sekarang polisi dah diubah.
.
Faham ke faham?
.
Haa.. pembatalan penama juga akan berlaku sekiranya penama tak segera buat permohonan Pengeluaran Kematian dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian ahli. Penamaan akan terbatal dan permohonan akan diproses di bawah Pengeluaran Kematian Tanpa Penama.
.
Haa, bila dah masuk Pengeluaran Kematian Tanpa Penama nie, maka waris-waris perlu dapatkan Surat Kuasa Mentadbir terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran.
.
Proses menjadi lebih panjang dan sukar bukan?
.
Polisi baru ini diubah supaya proses faraid bagi orang Islam dapat dibuat dengan lancar dan cepat. Jadi, sesiapa yang ada letak anak sebagai penama sekarang, boleh kemaskini senarai penama.
Sebab yang dah register sebelum ni, akan tertakluk pada polisi yang lama.
.
Jelas? Jangan lupa SHARE maklumat baru nie sebab ramai tak perasan perubahan polisi nie. Nanti lambat bertindak, proses menjadi semakin sukar.

RISIKO ASET JOINT NAME AND JOIN LOAN


SUAMI MENGAMUK BILA ISTERI BARU BGTAU 'PERKARA' NIE. RUPANYA DAH LAMA SUAMI CARI! HUHU...
.
.
Tension akak ni? Sbb tiba2 kena marah dgn suami. Ingatkan saje nk borak-borak santai skali bila bkak 'cerita' tu, suami yg tgh terbaring cpt2 duduk. Punya semangat nak dgr. Kononnya, nak main2 laa cerita tu, tp tak sangka suami amik serius plak. Kan dah kena marah..huhu.. 
.
Erhh.. cerita apa ni? "Lps akak cerita psl kesan klau rumah 2 nama ownership ni, suami trus sruh akak contact cpt2 Pn Ima. Rupanya dia dah lama tahu cuma xtahu nk buat cmna.. Adoi.. knp laa tak bgitau awl2, takda lah akk takut2 nk bgtau..", kata kak Izah sambil tersipu malu.
.
Walaupun rumah tu dibyr spnuhnya oleh suami, tapi suami kak Izah mmg sengaja letak 2 nama dlm geran supaya nanti kalau dia meninggal dulu rumah tu dpt dkat kak Izah dan ank2.. "Tapi tu dululah, sblum tahu buat mcm tu sbnrny xselesaikan pun mslh kami. Tapi lagi bermasalah adalah..."
.
"Apa masalah dia Pn Ima... Mcm suspen je. kami yg baca nie nk jugak tahu"
.
Haa.. ni rmai tak tahu. Bila dlm geran ada 2 nama, maka scara automatik rumah tadi bahagi 2. Tak kisahlah siapa mati dlu, tetap akan jadi faraid utk yg mati tu. Kira kalau suami meninggal dulu, maka 50% drpd rumah tu akan jdi faraid. Bila sebut faraid nie kena pecah la dkat smua waris faraid suami termasuk ibu dan ayah.
.
Senang crita hasrat nak rumah tu dpt dkat isteri spnuhnya lps mninggal tu tggl debu je laa..
.
Tu yg suami kak Izah nk cpt2 buat HIBAH rumah tu dekat kak Izah. Supaya nnti kalau meninggal, waris lain dah tak boleh tuntut dah. Utk bhagian kak Izah pun sama. DiHIBAHkan juga siap2, bukan apa bila mati nie kita tak tahu siapa mati dlu kan. Nak selamat buat mcm tu laa..
.
Lega bila kak Izah & suami cpt2 amik tindakan nie. Tak rugi pun. Malah klau siapa tahu kesan dia mmg terus buat, tak byk tny dah..

PEWARISAN FELDA


VIRALKAN !!!! PENEROKA & WARIS PENEROKA FELDA PERLU TAHU...
.
.
PERSOALAN ADAKAH BENAR TANAH2 FELDA MILIK SEMPURNA PENEROKA ? 
.
Forum yang diadakan di Unisza pada 9hb Februari lepas membahaskan isu ini dengan panjang lebar. 
.
Di pihak Felda menegaskan tanah ini terikat dengan Akta GSA 1960 yg membawa makna apapun ( jual / hibah / wasiat dll ) tidak boleh dibuat melainkan dengan "consent" Felda. Pembentang menyatakan tanah ini sebenarnya hanya "Pemilikan Manfaat" & bukan pemilikan hakikat ! Dalam erti kata lain Felda berkuasa sepenuhnya ke atas tanah Felda.
.
Pandangan kedua membahaskan pula bahawa tanah Felda ini milik sempurna kerana ia boleh dipusakai malah boleh dihibah , diwasiat & boleh dijual dengan kebenaran Kerajaan Negeri & bukan "consent" Felda. Ada kes tanah Felda dicagar ke bank & bila tidak dibayar pinjamannya tanah ini dilelong oleh bank kepada pihak ketiga. 
.
.
Pandangan saya ? 
.
.
Tanah Felda ialah MILIK SEMPURNA & peneroka ada hak penuh utk membuat apa sahaja kepadanya kerana geran sudah dikeluarkan ke atas nama mereka. Itulah yang menyebabkan bank boleh menerima cagaran tanah Felda & boleh dilelong jika pinjaman tidak dibayar. 
.
Jike peneroka hanya pemilik manfaat & bukan hakikat mana mungkin bank akan terima sebagai cagaran & kemudiannya lelongan dibuat kepada pihak ketiga. Pihak Kerajaan Negeri pula kemudiannya meluluskan pindahmilik nama dalam geran dari nama peneroka kepada nama pembeli lelongan.
.
Wasiyyah Shoppe Bhd juga telah berjaya menyelesaikan puluhan kes pusaka peneroka Felda yang melibatkan HIBAH. 
.
Perintah HIBAH dikeluarkan Mahkamah Tinggi Syariah selepas mendapati semua rukun & syarat ditepati. Atas asbab perintah ini tanah diturunmilik kepada nama di dalam perintah.
.
Pun begitu Wasiyyah Shoppe Bhd sentiasa memastikan HIBAH TANAH GSA ini dibuat mengikut syarat Akta itu sendiri pemilikan tidak boleh melebihi 2 nama. 
.
Namun bagi mencapai hasrat Akta GSA 1960 & pengurusan lebih baik , maka peneroka "HARUS " ( bukan Wajib ) berbincang dengan Felda atas apa sahaja transaksi yang ingin dibuat ke atas tanah felda. Ini bagi memastikan hubungan peneroka & Felda terus harmoni.
.
Peneroka perlu menghormati Felda & Akta GSA itu sendiri manakala Felda juga perlu menghormati hak peneroka & menerima hakikat bahawa dalam dunia hari ini peneroka sudah terdedah dengan pelbagai sumber maklumat. Mereka bukan lagi golongan kampung yang duduk bawah tempurung & hanya menerima bulat2 segala arahan Felda. Zaman "rollcall" sudah lama berakhir ! 
.
Terma yang lebih tepat untuk tanah felda ialah PEMILIKAN BERSYARAT bukan TIDAK MILIK SEMPURNA. 
.
Peneroka ialah pemilik tanah Felda baik dari segi Hukum Syarak & Undang2 Sivil tetapi pemilikan mereka terikat dengan syarat2 Akta GSA 1960. 
.
Kedua2 pihak peneroka & Felda ada asas hujah masing2 namun kita jangan lupa kepada objektif asas Felda iaitu untuk meningkatkan sosio ekonomi masyarakat .
.
Jika 50 tahun umur Felda & peneroka masih bergelut dengan isu survival hidup maka pada saya Felda secara serius perlu muhasabah diri di manakah kelemahan yang perlu dibaiki.
.
.
Ariffin sabirin
Pengasas Wasiyyah Shoppe Bhd

BUANG BAPA, KEBAS DUIT


KERANA HARTA SANGGUP BUANG BAPA TEPI MASJID..


Waktu kecil kita kenal anak-anak kita sbb kita didik mereka. Tapi bila besar kalau dapat anak2 soleh solehah sanggup jaga kita Alhamdulillah.. Itulah antara nikmat terbesar..

Tapi kalau dapat sebaliknya, mungkin diri pun akan terbuang.. nauzubillah..

Pn Ima terjumpa artikel ni scara tak sengaja. Saje kongsi supaya kita sntiasa bersedia sebab manusia boleh berubah hanya kerana HARTA & CINTA..

Banyak kes kami jumpa, anak2 berubah setelah berkahwin. Betul, kita kenal anak2 kita tapi belum tentu kita kenal anak menantu kita. Biasanya yg jadi pkar penasihat terbaik.

Kalau kerana terlalu sayang, ramai mak ayah yg kami jumpa sanggup tukar nama rumah atas nama anak, tapi akhirnya anak buang je mereka tepi jalan atau ke rumah kebajikan.

Islam tu cantik sbb tu ada pilihan membuat HIBAH kpd anak2 kalau ada niat nak bagi rumah dekat anak2. Selagi mana mak ayah hidup, anak2 takda hak untuk jual atau halau mak ayah. Majoriti anak akan layan mak ayah dgn baik kalau terima hibah. Berani ke nak buat perangai kalau tahu HIBAH KPD ANAK, CUCU, CICIT & kebawah boleh tarik balik..

BIJAK PUSAKA kes 1



ANDA KELIRU, KAMI CLEARKAN..


Assalamualaikum.. saya ada 1 soalan berkaitan pembahagian harta pusaka... Seorang lelaki (A) yg mempunyai isteri dan 6 anak (4 lelaki dan 2 perempuan) telah meninggal dunia sebelum ayahnya (B). Ayahnya mempunyai byk harta iaitu tanah2 serta wang simpanan. Ayahnya meninggal dunia tanpa membuat pembahagian harta. Nk tanya..adakah isteri atau anak kpd lelaki (A) layak mendpt faraid drpd peninggalan si B. Mohon pencerahan. tq


JAWAPAN

Waalaikummussalam. Pada asasnya waris si A tidak mendapat bahagian faraid disebab meninggal sebelum si B. Tapi ada sebahagian negeri waris boleh menuntut wasiat wajibah.

Tak tahu apa itu Wasiat Wajibah?
Boleh baca di sini,

HARTA YANG DIKLASIFIKASIKAN HARTA PUSAKA



BYK NAU HARTA TAPI KDANG2 TAK TAU MANA SATU AKAN JADI PUSAKA..

Pernah ambil tahu apakah harta yang termasuk dalam harta pusaka?

Kadang2 kita rasa macam tahu tapi sebenarnya tak. Bila meninggal waris2 termakan harta secara batil sbb tak tahu..

Contohnya, KWSP adalah harta pusaka walaupun sudah ada penama. Penama cuma pemegang amanah sahaja dan perlu bahagi duit kwsp ikut faraid atau muafakat.

Ramai yang nak hibah duit KWSP sebab duit KWSP adalah simpanan yang paling banyak bagi sesetengah orang.

Malang sekali duit KWSP tidak boleh dihibahkan.

Banyak aset yang lain yang boleh dihibahkan contohnya rumah, kenderaan, emas, akaun tabung haji dan banyak lagi.

Aset yang telah di hibahkan tidak jatuh sebagai harta pusaka sebab telah dihadiahkan semasa hidup.

Kalau guna hibah bersyarat, aset itu menjadi hak milik penerima hanya apabila pemberi meninggal dunia.

7 HARTA YANG TIDAK TERMASUK DLM KATEGORI HARTA PUSAKA








Ambil tahu skrg utk elak berlaku salah faham.

Mati tak tahu bila, takkan time mati, berlaku bertelingkahan, salah faham baru nak cari tau..?

Retak berkecai dululah hubungan persaudaraan yg terbina dari dalam perut.

Apa-apa pun selepas seseorang itu meninggal dunia wajib untuk bayarkan hutang arwah sebelum harta itu dibahagi-bahagikan.